Ahad, 31 Mac 2013

Keseronokan dan kecintaan..

Pernahkah kamu merasa bahagia,
Saat kamu ada bersama kekasih hatimu,
Jauh pun terasa dekat,
Sakit pon terasa nikmat,
Hidup pun seperti bersama malaikat,
Badai serasa seperti hujan..
Terik matahari seperti sejuk saja..
Tak ada masalah..

Takkan ada derita bila isi hatimu penuh dgn rasa cinta
Cinta kpd Allah..
Takkan ada airmata bila isi hatimu
Penuh dgn rasa rindu
Rindu kpd Allah..

Jumaat, 31 Ogos 2012

Ambillah ilmu hikmah daripada tiga binatang ini: Keldai, Anjing dan Babi (Ringkasan Suhbah Mawlana Sheikh Muhammad Nazim Adil Al-Haqqani)



بسم الله الرحمن الرحيم



Keldai  : 
Binatang yang paling tidak kisah sebanyak mana pun bebanan yang diletakkan di atas bahunya dia tetap akan memikul. Begitulah juga kita harus menjadi. Bersedia untuk memikul beban seluruh manusia dan menerima segala ketentuan daripada Allah dengan hati yang ikhlas dan reda.

Anjing  : 
Binatang yang paling setia kepada tuannya sekalipun dihina, dicaci maki, diherdik dan dihalau, apabila dipanggil semula oleh tuannya dia akan datang dengan menggoyangkan ekornya menunjukkan gembiranya dia. Begitulah juga manusia harus menjadi. Sekalipun dihadapkan dengan pelbagai ujian dan dugaan, tetap gembira menerimanya kerana dia tahu yang memberikannya itu adalah 'TUAN' nya, yang memiliki jiwa dan ruhnya yang berhak untuk melakukan apa shaja ke atas diri kita kerana kita adalah hak milik mutlak-Nya.

Khinzir :  
Binatang yang paling kotor dan bernajis, yang paling berat najisnya. Tetapi babi kotor kerana sifat pengotornya yang berada pada luaran dan fizikalnya sahaja. Apabila terkena najis itu akan hilang dan menjadi suci jika kita mencucinya dengan menyertu sekali air tanah dan enam kali air mutlak. Tetapi lihatlah pada hati kita, diri kita yang kotor di dalam, batinnya, yang susah untuk dibersihkan sekalipun meneguk air zamzam satu tempayan kerana dalam diri kita masih ada sifat keegoan dan sifat untuk tidak mnerima dengan sepenuh hati bahawa kita adalah hamba, Hamba Allah yang tidak berhak untuk mendakwa apa-apa, kerana kita bukanlah sesiapa!

Al-Fatihah